Berusahalah, jangan
berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi
paling baik. (Larry Bielat)
Manusia cemerlang
fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah
fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
Kejayaan bergantung
kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan
muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa.
(Lewis Timberlane)
Tidak ada kemajuan
tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh
mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
Musuh utama
kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.
(Dr. Shukri Abdullah)
Saya tidak kalah
apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun
semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
Buatlah apa yang anda
mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana
tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
Secara semulajadi
semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan
Cina)
Rancanglah masa depan
anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
RAJIN itu adalah
punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri
Abdullah)
Rahsia kejayaan cuma
ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty –
Billionaire)
Memulakan sesuatu itu
adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
Kebanyakan orang
gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr.
Shukri Abdullah)


No comments:
Post a Comment